Menu
Bean (filem) Sinopsis filemDi Galeri Kebangsaan Diraja di London, Mr Bean (Rowan Atkinson) ialah seorang pengawal dengan niat yang baik yang sentiasa memusnahkan apa-apa yang dia sentuh. Melainkan, sememangnya, dia tidur di tempat kerja. Dengan pengerusi (John Mills) menyekat pemecatan Bean, lembaga memutuskan untuk menghantar dia ke galeri seni Los Angeles untuk mewakili mereka semasa pemindahan potret Whistler's Mother ke Galeri Seni Grierson di Los Angeles, berikutan pembelian oleh dermawan Jeneral Newton (Burt Reynolds) untuk $50 juta.
Kurator Grierson, David Langley (Peter Macnicol), kagum dengan profil palsu "Dr. Bean", bersetuju untuk menampung dia di rumahnya selama dua bulan dan isternya, Alison (Pamela Reed) dan keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusan suaminya. Selepas Bean menyebabkan beberapa kekecohan dengan polis lapangan terbang dan memecah pusaka keluarga Langley, Alison pergi ke rumah ibunya dengan anaknya Kevin (Andrew Lawrence) dan anak perempuan, Jennifer (Tricia Vessey).
Menu
Bean (filem) Sinopsis filemBerkaitan
Bean (filem) Bean Pole Beagle Bendera Malaysia Belangkas Beatrix Potter Belanda Beaufort Benda terbang aneh Bencana kapal angkasa ChallengerRujukan
WikiPedia: Bean (filem) http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=Bean.htm http://www.imdb.com/title/tt0118689/ http://www.bbc.co.uk/films/2001/07/10/bean_1997_re...